BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 27, 2011

bz giler...

hello semua....
lama x update blog nie..
bkn x nak..
tapi bz sikit..
hehehe..
skg nie proses mencari kerja sedang bermula..
so sapa taw mana2 tempat kerja yg menarik kat labuan nie..
kongsi lar bersama k..
jgn plak simpan dlm hati..
hehehe

Saturday, December 4, 2010

masa berlalu...

fuh...xterasa kini dah smpai masanya aku akhiri zaman persekolahanku
xsggup rasanya nak tgglkan kenangan bersama kwn2 sekolah aku..
2 tahun berlalu tak terasa rasa baru semalam saja aku bersekolah n tersa hari nie dah penamatnya...
stpm aku hanya tggl 3 paper ja...xdpt aku bayangkan result aku t mcm mana..
aku nie x la study sgt.
dlm sehari hanya 2 jam sahaja aku study kat rumah time b4 stpm but time stpm kena pandang buku 24 jam..
maklumlah...dah nak hbs kan...
bila dah hbs sklh nanti mesti rindu ma kwn2 n cikgu2 yg telah mendidik kami sepenuh hati.
k lar..tu ja...
jumpa t....tata

Sunday, August 15, 2010

luangkan masa bersama kwn kwn..

puasa nie memang bosan siot lar klu asyik ddk rmh jak coz klu ddk rmh mesti terasa lapar...
so take some time to hang out with my friend...
pagi tu plan nak bincang pasal pertandingan but tiba2 perbincangan jadi aktiviti riadah..hehehe maklum lar jumpa kwn kan....bila jumpa kwn yg 1 kepala comform jadi gila nie...hehehe
today, kami gi main bowling..aku klh coz dpt 79 point jak and tasri dpt 82...beza sikit jak lah...
tapi x pa..janji enjoy...yg buat x best coz dorang ika,fasyah n jia x main...
dorang just tgk jak n ketawakan kami bila kami humban bola bowling tu masuk longkang....
bikin malu aku jak....
huhuh...nasib baik aku cool jak tadi...
but aku kcian gak lah coz fasyah sakit so kami x blh lar nak main lama2...coz cian dia....
tyme kami lepak2 kat luar tu...tiba2 seekor penyengat hampir sengat aku...melompat aku d buatnya tadi....
bikin malu aku jak...nasib baik lebah tu x sengat aku...klu x terpaksa lar ke hspital....huhuhuhu....
in the end kami pulang jam 3 gitu coz fasyah sakitkan..so terpaksa pulang awal...huhuhuhu

Friday, July 16, 2010

LAMA NYA....

fuhh...lama btul dah aku nda update my blog....sepi jak aku tgk blog ku nie...keciankan...huhuhu...x pa...internet dah ada....mulai hari aku update blk...kepada peminat di luar sana...aku kembali....come to papa my cikaro...hahaha

Monday, June 21, 2010

hari pertama semester baru...

0wh...best lar nie hari owh..dpt jumpa semua kwn2 nie...rindu dah ngan dorang semua..huhuhu...but someting wrong bila trima result exam..semua subjek ada peningkatan tapi ada 2 subjek aku failed..kecewa 0o...huhuhu..tapi status result adalah memuaskan coz ada yg lulus...harap2 lar esok krtas ekonomi ngan p.am 1 lulus gak...huhuhu...lusa dah dpt bw kreta gi skull...krana kreta ku yg d workshop ok dah..esok aku gi ambil d workshop...boleh dah jalan2 nie..but aku pelik lar dlm 2,3 hari nie...ada smthing wrong org pndang kat aku nie mcm lain sikit..aku x pasti kenapa..tapi pertanyaan dari dorang menyebabkan aku otak aku tertanya dgn 1001 persoalan..apa yg lain dgn aku skg nie..yg aku taw badan aku makin berisi adalah....huhuhu..tapi nevermind..diam jak lah..kerana org yg diam tu lebih baik drpd org yg byk ckp...biar lah aku yg terus tertanya tanya apa yg berubah dlm diri aku skg nie...huhuhuhu

Wednesday, June 9, 2010

update it...

Fuh??..lama rasanya nda update blog nie..rindu rasanya...urm...sepanjang minggu nie aku teda apa2 aktiviti..just bina badan bagi gemuk jak d rmh ..hahaha..aktiviti aku hari nie adalah jalan2 jak kat sekitar labuan nie sorang2 tuk tenangkan fikiran...aku tenshion sgt2 bila aku fikirkan masa depan aku yg x pasti lagi...klu d fikir blk2 rasa nak gila gak coz selama nie x pernah terfikir lagi masa depan...mungkin selama nie masih bergantung lagi sama ibubapa..skg nie bila dah makin matang..kita harus menghadapinya sendiri tanpa di temani sesiapa...hidup ini penuh dgn dugaan yg berliku dan berduri..hanya yg berani sahaja yg akan berjaya..so bila d fikir blk...gunakan lah hidup ini sebaik2 mungkin kerana kita hanya ada peluang sekali seumur hidup sahaja...ceh..mcm penceramah plak aku nie perasan sampai lupa diri plak..hehehe..

Monday, May 31, 2010

wahai sahabatku..

Salam...Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Maka jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka kau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksakannya kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar kau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar kau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin kau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin kau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah kau mengatakan bahawa kau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
Wahai sahabatku,
Bersabarlah…